Sunday, December 27, 2009

Satu Perjuangan

Esok bermulalah satu perjuangan dalam fasa baru hidup aku.. kerjaya seorang guru kaunseling.. i must survive... adapt dengan suasana.. yg pasti inilah yg tbaik utk aku... i do my best untuk laksanakan amanah ini dengan sebaiknya... Bantulh aku Ya Allah... Hanya padaMu aku berserah...

Friday, October 16, 2009

Syukur

Anak saudaraku....

Alhamdulillah akhirnya dpt posting di sekolah agama... Ini bermakna di situlah tempat yg tbaik untukku.... di sekolah mana,aku masih menanti surat... apa yg pasti itulah yg t'baik untukku... Tiada apa yg mgembirakan selain melihat wajah ceria ibu & ayah... lahirnya abdel hafiy menambahkan rezeki.... Aku mengharapkan agar amanah ini dapatku laksanakan sebaiknya... Kerana aku selalu ingin dekat denganMU YA ALLAH,maka doaku termakbul, KAU hantarkan aku di tempat aku boleh menambahkan ilmu agamaMU.... Terima kasih YA ALLAH... di setiap langkahku, ku pohon rahmatMU agar perjuangan ini KAU berkati.. setiap detik aku memerlukan pertolonganMU agar aku sentiasa berada di landasan yang benar....

Thursday, August 20, 2009

Peluang

Esok, menjelangnya ramadhan, satu peluang untuk umat islam beramal demi mendapatkan keampunan & keredhaanNya.... Ini adalah ramadhan yang ke 24 untuk aku di dunia ini...Satu lagi peluang yg dianugerahkan oleh Allah S.W.T untuk aku selagi jasad ini masih bernafas, afiat, dan mampu untuk melaksanakan segala tanggungjawab di muka bumi ini... Syukur kepada Allah kerana aku masih lagi diberi kesempatan untuk menulis di blogku ini...
Sepanjang 24 tahun aku hidup, pelbagai pengalaman yang telah aku lalui... Jika dahulu aku melihat hidup ini terlalu negatif, kini aku bersyukur melalui pengalaman ini, sedikit sebanyak mata hatiku telah dapat dibuka dengan izinNya.... Aku dapat melihat hidup ini dengan positif, cuma kadangkala disebabkan nafsuku belum mencapai nafsu muthmainnah iaitu nafsu yang baik yang tenang, tenteram, tidak gelisah, tidak loba, rakus, atau tamak & mencukupkan mana yang ada... Bila jiwa ini cukup baik, walau apa yang diberlaku, disakiti, & menerima ujian, diri ini tidak akan begitu cepat melatah malah akan makin kuat mencintai Allah... Semoga aku & kita semua hamba Allah akan berjaya mendapat nafsu yang baik...
Peluang ini gunakanlah sebaik-baiknya...Datangnya Ramadhan bulan yang penuh berkat... Aku mengharapkan agar jiwa, perbuatan, perkataanku ini adalah benar-benar berwatakkan seorang hamba yang solehah,taat & bertakwa... Aku mengharapkan keikhlasan menyelimuti seluruh diriku agar setiap hela nafas dan langkahku lakukan demi cintaku pada Penciptaku.. Segala-galanya adalah milikNya... Dan aku menikmati segala-galanya dalam hidup ini dengan izin dan kasih-sayangNya.... Aku tidak punya kekuatan... Ya ALLAH, berikanlah kekuatan dan ketaatan untuk aku beribadat kepadaMU di bulanMU yang mulia ini, agar aku ikhlas & istiqamah semata-mata mengharapkan keampunan & keredhaanMU, bantulah aku agar aku melakukan amalan yang KAU cintai bukan amalan yang KAU murkai, sesungguhnya aku takut akan azab nerakaMU dan aku rindu pada syurgaMU...Bantulah aku Ya ALLAH agar aku beroleh kejayaan & kebahagiaan di dunia & akhirat....
Tiada yang kekal di dunia ini... Tiada gunanya berkeluh kesah kerana hal dunia... Jiwa ini akan menjadi tenteram jika kita tahu & yakin bahawa ada satu penghidupan yang kekal di akhirat kelak... Kita diberi kesempatan untuk beramal di dunia ini maka jangan disia-siakan.... Agar kita tidak akan menyesal di akhirat kelak... ALLAH telah memberi peringatan dan banyak peluang untuk kita....pintu keampunanNYA terbuka luas... Marilah kita bertaubat di atas segala dosa & kelalaian kita.... Semoga Ramadhan ini adalah yang terbaik untuk aku dan semua hamba ALLAH di muka bumi ini.....

Sunday, April 19, 2009

Kem Kepimpinan Pengawas

Bestnyer....

Baru-baru ni aku join kem kepimpinan pengawas kat desa cempaka...best...banyak pengalaman yang aku dpt...student pun nampak begitu gembira sbb first time wat kem kat luar....kali pertama aku tgk pantai sepat...Masya Allah....cantiknya...airnye biru...pantai putih..kat pasir mcm2 hidupan ade...siput, kepah, ketam....fuh syok giler....Maybe ni kenangan yang paling indah buat aku sebelum aku meninggalkan SMK Semambu...

Tuesday, April 14, 2009

Isi dalam kotak


Masa ni aku kat sebuah kedai makan depan hari2 dekat ngan parkson..muka penat giler...seharian berjalan...masa tu aku ngan wawa..kali kedua g mydin ngan ila..aku makan kat tempat yang sama..aku nak kejar bas jabor kul 1.30 so x sempat la nak mkn..aku nak bungkus....so panggil la dia punyer pelayan...mamak...aku ckp la nak bungkus nasi goreng ayam..dia buat blur cam x faham...nak tapau...dia gelak....isi dalam polestrin nak bawak balik, makan kat rumah.....x paham jugak..last2 dia bengang dia terus g...aku ngan ila nak tergelak....x pernah aku makan kat kedai macam ni....last2 aku g kaunter ckp nak bungkus..dia punye bos tanye aku, isi dalam kotak ye?aku rase nak tergelak masa tu tapi aku tahan...ha, ya aku ckp....aku g kat ila pastu kitorang gelak sakan. Isi dalam kotak ke?

Geng Kompang


Gamba ni mase hari PIBG...ngan budak2 kompang galing kem..ade gak klien aku kat cni...budak2 ni ok tp nakal2 ckit la...punya bakat main kompang...tapi kan aku perasan la pipi aku makin tembam dan badan makin berisi huhuhu....

Solehin


Dia adalah salah seorang klien aku...dan bagi aku dia adalah seorang individu yg istimewa, ade nakal2 ckit dan tabah...he has talent...dan dia berpotensi untuk berjaya dalam hidupnya....dengan segala kekuatan dan kelebihan yang ada pada dirinya dia mampu untuk mencapai impiannya... Setiap individu mempunyai peluang untuk membuat pilihan yang terbaik bagi dirinya untuk mencapai world quality dalam hidupnya...cuma lagi pilihan tingkahlaku yang terbaik dan bersesuaian perlu untuk mendapat success identity..berbekalkan keyakinan dan azam yang tinggi tiada suatu pun yang mustahil untuk dicapai dengan izin Allah...

Solehin, semoga kamu berjaya di dunia & akhirat, kuatkan semangat kamu, terus berusaha untuk mencapai cita-cita kamu. Jangan leka dan mudah berputus asa...yakinkan dirimu kamu mampu untuk berjaya...buangkan tingkahlaku yang tidak bersesuaian gantikan dengan tingkahlaku yang dapat membantu kamu jadi insan yang lebih baik...teruskan langkah kamu dan buat yang terbaik untuk SPM...semoga bejaya!!!!!