Thursday, August 20, 2009

Peluang

Esok, menjelangnya ramadhan, satu peluang untuk umat islam beramal demi mendapatkan keampunan & keredhaanNya.... Ini adalah ramadhan yang ke 24 untuk aku di dunia ini...Satu lagi peluang yg dianugerahkan oleh Allah S.W.T untuk aku selagi jasad ini masih bernafas, afiat, dan mampu untuk melaksanakan segala tanggungjawab di muka bumi ini... Syukur kepada Allah kerana aku masih lagi diberi kesempatan untuk menulis di blogku ini...
Sepanjang 24 tahun aku hidup, pelbagai pengalaman yang telah aku lalui... Jika dahulu aku melihat hidup ini terlalu negatif, kini aku bersyukur melalui pengalaman ini, sedikit sebanyak mata hatiku telah dapat dibuka dengan izinNya.... Aku dapat melihat hidup ini dengan positif, cuma kadangkala disebabkan nafsuku belum mencapai nafsu muthmainnah iaitu nafsu yang baik yang tenang, tenteram, tidak gelisah, tidak loba, rakus, atau tamak & mencukupkan mana yang ada... Bila jiwa ini cukup baik, walau apa yang diberlaku, disakiti, & menerima ujian, diri ini tidak akan begitu cepat melatah malah akan makin kuat mencintai Allah... Semoga aku & kita semua hamba Allah akan berjaya mendapat nafsu yang baik...
Peluang ini gunakanlah sebaik-baiknya...Datangnya Ramadhan bulan yang penuh berkat... Aku mengharapkan agar jiwa, perbuatan, perkataanku ini adalah benar-benar berwatakkan seorang hamba yang solehah,taat & bertakwa... Aku mengharapkan keikhlasan menyelimuti seluruh diriku agar setiap hela nafas dan langkahku lakukan demi cintaku pada Penciptaku.. Segala-galanya adalah milikNya... Dan aku menikmati segala-galanya dalam hidup ini dengan izin dan kasih-sayangNya.... Aku tidak punya kekuatan... Ya ALLAH, berikanlah kekuatan dan ketaatan untuk aku beribadat kepadaMU di bulanMU yang mulia ini, agar aku ikhlas & istiqamah semata-mata mengharapkan keampunan & keredhaanMU, bantulah aku agar aku melakukan amalan yang KAU cintai bukan amalan yang KAU murkai, sesungguhnya aku takut akan azab nerakaMU dan aku rindu pada syurgaMU...Bantulah aku Ya ALLAH agar aku beroleh kejayaan & kebahagiaan di dunia & akhirat....
Tiada yang kekal di dunia ini... Tiada gunanya berkeluh kesah kerana hal dunia... Jiwa ini akan menjadi tenteram jika kita tahu & yakin bahawa ada satu penghidupan yang kekal di akhirat kelak... Kita diberi kesempatan untuk beramal di dunia ini maka jangan disia-siakan.... Agar kita tidak akan menyesal di akhirat kelak... ALLAH telah memberi peringatan dan banyak peluang untuk kita....pintu keampunanNYA terbuka luas... Marilah kita bertaubat di atas segala dosa & kelalaian kita.... Semoga Ramadhan ini adalah yang terbaik untuk aku dan semua hamba ALLAH di muka bumi ini.....

No comments: