Sunday, November 9, 2008

First Date


Ni lah kali ptama dpt jumpe,mkan2 ngan paksu kat tasik proton... it was a wonderful moment..ni pun gamba first kita amik bdua..maksu nak letak jugak kat blog...hehehe..sweet tak? sama2 comel kn hehehe...

Hope sume ni akan bpanjangan, n smoga kita memang telah dijodohkan tuk bsama...paksu usaha sungguh2, jgn lame2 sgt, nanti org lain kebas,hehehe..

Maksu suka tgk gamba ni....very valuable....

Koleksi Juadah

Ni makanan yg aku ngan leha btungkus lumus wat kat dapur..thanks leha....


Nasi Tomato

Ayam Masak Merah

Acar Timun

Puding Roti

Agar-Agar

Memang sedap hingga menjilat ibu jari kaki hehehe....

Our Besday

Kek besday imah n ijam

Today, 9th of Nov 2008, first date aku,hehehe...so celebarate skali besday kitorang...Aku dan leha wat preparation tuk sambut kdtgn paksu...masak nasi tomato, actually leha bnyk tolong aku, thanks leha....kalut giler aku hehee...tgh2 masak gas pulak abis.mcm2...

Mlm tu aku tido lewat buat puding roti...kali lain jadi versi lain pulak..Camne perasaan aku, aku rase happy jugak...kdg2 mcm x pcaye..betul ke kitorang ni, tp yg pasti jodoh tu ketentuan Tuhan, klu kuat jodoh aku ngan dia, insyaallah.... Aku dah rase selesa dgn dia & aku rase aku dah boleh terima dia seadanya, walaupun kadangkala nilai kitorang berbeza, biasalah..

Walau apa pun, aku bersyukur pada Allah dikurniakn insan yang menyayangi aku seadanya & yg sudi membantu aku...Semoga kalian semua akan sentiasa dirahmati Allah...Paksu thanks for the perfume, i really appreciate, it....thanks sbb sudi amik barang2 mak su..thanks for everything......

present from maksu

present from paksu


THANKS FOR THE BEST MOMENT AND THE BEAUTIFUL GIFT..

Monday, October 27, 2008

Rahsia Ikut Tarikh Kelahiran & Birthday Colour


SEKADAR RENUNGAN AJE.. JANGAN PERCAYA


Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27

Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani. Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.


Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31

Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur.Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang.Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

Birthday Colour

24 Okt-11 Nov
---------------------------*WHITE*-------------------------

You dream and have goals in your life. You get jealous easily and you don't
react to things easily. You are different and sometimes thought of highly
by others.


Rahsia Tarikh Lahir Bulan Oktober


Rahsia di sebalik bulan lahir, ianya berdasarkan kajian selama 25 tahun oleh Dato' Fadzilah Kamsah berkaitan sikap manusia. Sejauh mana ketepatan dan kebenarannya, tidaklah diketahui. Semoga anda semua terhibur membaca rahsia bulan lahir anda dan insan di sekeliling anda.


OKTOBER


  • Suka sembang,


  • Suka orang yang sayang padanya,


  • Suka ambil jalan tengah,


  • Sangat menawan dan sopan santun,


  • Kecantikan luar dan dalam,


  • Tidak pandai berbohong dan berpura-pura,


  • Mudah rasa simpati, baik, pentingkan kawan,


  • Sentiasa berkawan,


  • Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tidak lama,


  • Cepat marah,


  • Pentingkan diri sendiri,


  • Tidak menolong orang kecuali diminta,


  • Suka melihat dari perspektifnya sendiri,


  • Tidak suka terima pandangan orang lain,


  • Emosi yang mudah terusik,


  • Suka berangan dan pandai bercakap,


  • Emosi yang kelam kabut,


  • Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan),


  • Suka melancong, bidang sastera dan seni, pengasih ,


  • Penyayang dan lemah lembut, romantik dalam percintaan,


  • Mudah terusik hati dan cemburu,
  • Ambil berat tentang orang lain,

  • Suka kegiatan luar,


  • Orang yang adil,


  • Boros dan mudah dipengaruhi persekitaran,


  • Mudah patah semangat.

Happy Birthday To Paksu and Me

Hari ni besday paksu yg ke 23...dan esok birthday aku...dah 23 dah huhuhu...sedang meningkatkan kematangan dalam diri...skang ni nak siapkan bab 5 tesis...on progress...apa yg aku harapkan tahun ni mcm thn2 yg dulu, pastinya aku nak yg tbaik dlm hidup aku di dunia & akhirat...ion2 negatif dalam badan ni dihapuskan perlahan-lahan...

Umur makin meningkat, cabaran makin kuat...yg pntg kekuatan fizikal & mental untuk meneruskan hidup...Apa yg aku belajar daripada pengalaman yg aku lalui sepanjang 23 tahun ni dtambah pulak dgn blaja ilmu kaunseling, kita x semestinya dapat apa yg kita inginkan seratus peratus dalam hidup ini..kita nak org syg kita, ambil perhatian pd kita, layan kita dgn baik, ada di sisi kita di waktu kita susah, x semestinya kita akan dapat sume tu...kdg2 kita nakkan benda tu tapi bila kita betul2 memerlukannya sume tu hilang...

Apa yg pntg, apa yg kita berikn pd org lain bukan apa yg org beri pd kita...lakukan dgn ikhlas jgn hrpkan balasan drp org lain so kita xkan kecewa sgt...bila terluka pandai2la balut sendiri...jgn suruh org lain...sokongan org lain mmg perlu tp dlmn kita sendiri tu yg plg penting, kena betul2 kuat...klu rasa sedih kita ada tempat mengadu yg akan sentiasa mendengar kita, mengadulah pd Allah moga kita akan diberikan kekuatan.....

Sempena umur aku dah genap 23 tahun ni, aku mengharapkan agar umur ini akan sentiasa diberkati...moga aku akan berjaya & berbahagia di dunia & akhirat....emosiku akan semakin matang dan aku akan sentiasa bertindak bukan menggunakan perasaan semata-mata tetapi dengan akal yg rasional...ikhlaskn hatimu....



Saturday, October 25, 2008

Tentang Nilai & Pbezaan

Sememangnya nilai dlm diri indv ini berbeza2....ada yg sama & ada yg bbeza dgn kita....Yg sukarnya ialah utk menerima nilai dan perbezaan kita dgn org lain...ini tjadi sbb ade pkataan sepatutnya...sepatutnya dia kena jadi mcm ni, sepatutnya dia kena buat mcm ni, & mcm2 lg la..t'utama lelaki & perempuan....masing-masing berbeza....

Klu kita perasan, kdg2 ada pkra yg kita x suka & x setuju dgn org lain...dan kita nak dia ikut & fikir mcm kita...boleh ke mcm tu? t'amatlah sukar...kita x boleh nak suruh atau paksa org ikut ckp kita, nilai kita...melainkan kita sendiri yg kena terima nilai yg ada pd org lain....kita x boleh mengubah org melainkan diri kita sendiri....

Jadi bila tiba2 bila kita dah nampak ada perbezaan kita dgn org lain, so kita kenalah terima sume tu...belajar tuk terima...perlahan-lahan...dlm hal ni kena ketepikan nilai, perasaan, & hati nurani kita sendiri..ini xbermakna kita kalah, kita menang sebenarnya...menang kerana punya timbangrasa dan tidak mementingkan diri sendiri...

Jadi bila pasangan kita dah berbeza pemikiran dgn kita, belajarlah menerimanya....bila dah jumpa org yg baik jaga phubungan itu elok2..pay attention...ni sume nasihat dr acik cai...cayalah..walaupun kdg2 rasa xleh terima tp bila fikirkan balik mmg kita ni xkan sama seratus peratus, terimalah pasangan kita seadanya..

Friday, October 17, 2008

Tragedi Oktober

Semalam hari tuk amik gamba ngan kwn2 sekelas...last pic maybe..lgpun ni tahun t'akhir d tnjg malim...thn dpn dah praktikum...ok la pose mcm2 ngan membe....cr kot yg sesuai..semua org nampak happy...
Pastu ktorg bkumpul nak susun org, maklumlah ramai2..gamba tuk formal ok je...tp time gamba tuk candid blakulah peristiwa kira cam tragedi la tuk aku...Maklumlah excited sgt...Tgh nak turun kat rumput tepi pdg, kaki aku terpelecok masuk dalam lubang..terpusing, adoi sakitnye...pucat sekejap muka aku...xjd la gamba candid aku...huhuhu..
Balik rumah, kira ok lagi sakit sikit2...ingatkn bila aku bgn tido ok la tp kaki kiri aku dan bengkak, besar dari kaki kanan...Nak lipat kaki pun rasa sakit..Mlm tu jugak g b'urut ngan sorang makcik tu...Alhamdulillah, skrg ni ok la ckit wlpun terasa lg sakitnya...Insyaallah lama-lama nanti elok la...Tu la tragedi oktober semalam....huhuhu

Tuesday, October 14, 2008

Puding Roti

Hari ni first puding roti aku try wat...bolehla, rase sedap...cuma ade la kekurangan sket....masih boleh dperbaiki dan aku nak wat skali lg pas ni bila2,sng je pun....Antara bhn2 yg aku gunakan ialah 1 plastik roti paun (roti yg kita wat sandwich tu), 2 biji telur, 1 cawan susu, pewarna merah hijau, kuning, dan ape2 je la yg korang suka, agar2, dan sedikit gula....

Mula2 biasalah masak agar2 sampai hancur masuk gula dlm 2 senduk, pastu masukkan susu ngan telur yg kita telah blende,biar sampai mdidih n tutup la api...roti tu buang bahagian tepi dan susun roti dlm bekas, tutup bhgn bwh bekas pastu ambil sedikit agar2 td letakkan pewarna merah, tuang atas roti. Biarkan roti serap warna tadi sampai hbs. Kemudian bila dan sejuk, lapis roti ke atasnya dan tuangkan agar2 bewarna hijau atasnya...Kemudian lapis roti lagi dan tuangkan agar2 bewarna kuning di atasnya....lapis roti lg dan kemudian tuangkan agar2 yg tidak dibubuh pewarna...

Masukkan dalam peti sejuk, biarkan sejuk...pastu bila dah keras bolehlah potong...cam tu je resepinya...puding yg x payah bakar atau kukus, sng nak buat....next time aku akan improve lg...selamat mencuba...

Sunday, October 12, 2008

Upcoming Birthday

Bulan Oktober adalah bulan kelahiran aku dan abg, paksu... ramai la kwn2 lg cam nora, nida, dll... Maknanya 28hb ni, genaplah aku 23 tahun....dah tua dah, hehehe...tp masih belum betul2 matang...sedang berusaha untuk meningkatkan kematangan...
Aku dah siapkan satu movie maker tuk paksu as a present for his birthday... Maklumlah dia tua sehari je dr aku, 27hb Oktober....Aku upload awal2 dlm blog takut nanti busy nak siapkan tesis...Nothing to say, aku harap dia akan jadi semakin matang, berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat...Kalau betul jodoh aku dengan dia, semoga urusan kami dipermudahkan....
Last but not least, happy birthday tuk kawan2 yang lahir bulan Oktober...Tragedi Oktober hehehe....semoga kita akan sentiasa diberkati Allah S.W.T. Walau apa pun yang terjadi, laluinya dengan sabar, dan ingatlah satu hari kita akan kembali kepadaNya...Paksu this is for you....

HAPPY BIRTHDAY PAKSU


Friday, October 10, 2008

Pertimbangan

Hidup ini memerlukan pertimbangan bila kita berdepan dengan situasi yang melibatkan orang lain. Kadang-kadang kita boleh mendapatkan sesuatu yang kita inginkan tetapi disebabkan orang lain kita berkorban dengan mengenepikan hasrat kita. Persoalannya di sini adalah adakah kita benar-benar sanggup dan redha untuk berkorban demi orang lain?

Adakah pengorbanan kita akan dihargai oleh orang tersebut? Adakah bila menghadapi situasi yang melibatkan kita, dia akan berkorban seperti yang kita lakukan padanya? Sanggupkah dia mengenepikan kepentingan diri demi kita? Kalau anda, sanggupkah anda?

Jawapan terpulang pada anda kerana setiap orang memiliki nilai yang berbeza-beza. Bagi diri saya, pertimbangan itu penting. Saya boleh berkorban tetapi apabila berhadapan dengan individu yang terlalu mementingkan kepentingan diri, saya terfikir adakah wajar saya berkorban untuknya sedangkan saya sudah tahu dia tidak akan berkorban untuk saya.

Bila berdepan dengan situasi ini, berlaku konflik dalam diri saya. Kalau ikutkan kata hati, ingin saya ketepikannya dalam hidup saya tetapi atas dasar persahabatan dan janji yang telah dilakukan sebelum ini, saya biar dan turutkan sahaja namun hati saya tidak redha.Tetapi apabila diketepikan seketika soal perasaan dan digunakan akal dan pertimbangan telah dianugerahkan oleh Allah S.W.T ini, saya meneliti setiap apa yang berlaku.

Apabila sesuatu itu tidak sesuai untuk kita, maka kita tidak akan mendapatkannya walaupun kita benar-benar berhasrat. Ini kerana belum tentu apa yang kita fikirkan mudah untuk kita, sebenarnya mudah. Mungkin kita akan berhadapan dengan masalah lain yang tidak kita jangka. Apabila melihat ini sebagai Qada’ dan Qadar, saya berkata kepada diri sendiri supaya redhakan semua ini supaya segala perasaan negatif yang bersarang di lubuk hati ini dapat dijauhkan.

Satu perkara yang perlu saya tanamkan dalam hati, apabila kita melakukan kebaikan pada seseorang itu belum pasti orang itu akan membalas kebaikan kita seperti mana yang telah kita lakukan padanya. Ikhlaskan hati kerana Allah. Bersedia dengan segala kemungkinan yang berlaku. Lalui hidup seperti biasa. Jika hati tidak selesa bila bersama, itu tandanya tidak serasi, ada sesuatu yang terpendam. Jika masih tak terluah biarkan sahaja, mungkin itu lebih baik. Yang penting redhakan semua ini, jangan disimpan dendam, benci, dan iri hati di dalam hati. Berkawanlah seadanya secara sederhana, kerana sekiranya terlalu berlebihan berkongsi rasa satu hari ada yang akan terasa.


My Brother


I just have a brother....jauh membawa diri....namun jauh di sudut hati, aku masih harapkan satu hari nanti dia akan kembali...tiada apa yg dapatku lakukan selain mengharapkan kebahagiannya...hmmm

Dah 31 tahun umur abg dan aku 23 tahun untuk tahun 2008 ni,beza 8 tahun....apa yg aku dapatkan gambarkn tentang abg,dia memang berbeza dari aku, sikap, gaya pemikiran, personaliti....abg lebih peramah, mulut manis, dan mudah menyesuaikan diri dengan org. Berlainan pula dengan aku, aku susah nak adapt dgn org, amik masa yg lama....nak kata peramah, biasa je, cuma bile dah lama kenal ok la...

Abg aku ni lain sikit cara pemikirannya dan banyak yang aku x faham tntg dirinya...biasalah manusia itu unik ada kelebihan dan kelemahan masing-masing...yg penting carilah kebaikan dalam diri individu tersebut...bagi aku, abg ada impian dia sendiri yang ingin dia capai...Semoga dia berjaya...Walau apa pun aku mengharapkan yang terbaik untuk dirinya...All de best, abg....

Sunday, September 14, 2008

Program Tesisku....


Dua hari tuk prog ni....Alhamdulillah....sumenye beres...walaupun sampel aku x cukup 3 org huhuhu....ini adalah pengalaman baru aku...sebelum aku benar2 bgelar kaunselor kelak....yg pntg kesabaran kena tinggi...baiki diri dan pertingkatkan keyakinan dalam diri....

Refleksi yg diberikn oleh pelajar-pelajar very good...mereka dpt sesuatu dr program ni....yg pntg mrk enjoy dan akan menjadi lebih berani bila bercakap di depan audiens....prog ni bukan sahaja utk selesaikn tesis aku tp ia amat bermakna sebagai pengalaman berharga dalam hidup bdepan dengan karenah dan sikap yg pelbagai...aku bersyukur dpt melalui pengalaman ini....

Walau apa pun, aku mesti terus mencabar keupayaaan aku di tahap paling maximum....jgn berputus asa, jgn rendah diri....aku juga ada kelebihan aku sendiri.....Aku yakin bila sesuatu dilakukan dengan ikhlas kerana Allah maka, ia akan dpermudahkan.....

Kursus Pemantapan Komunikasi


11-12 Sept 2008 ni, aku ngan geng aku (nor, nida, zura,asmat) skali ngan kak lia g kat SMK Padang Saujana utk prog tesis korang....Memerlukan kesabaran yg tinggi akhirnya kami tiba jua dan berjaya laksanakan prog kami....Alhamdulillah dpt stay kat asrama Saujana....

Hari pertama prog, ktorg bgegas nak cr sampel....aku ngan nor pagi2 dah g SMJ nak amik sampel ktorg....Alhamdulillah Allah pmudahkan urusan kami, kami dpt bawa 10 org pelajar form 1 & 2 SMJ. Bas pun dapat..syukur pd Allah....

Aku cabar keupayaan aku skali lg....jd ketua tuk prog ni...n aku conduct kat depan sebelum fasilitator masuk dlm kump...ok, first try tuk aku, n aku akan improve lagi...hr first sumenye ok, group aku happening je, ikut arahan.....best sgt...kat bawah ni aku letakkan montaj prog yg aku buat....


Sunday, September 7, 2008

Teluk Intan Memories


Baru-baru ni 4 sept 2008, ktorg wat prog konsultasi kat smk sultan abdul jalil shah kat teluk intan....ok la..prog sekejap je...balik prog aku demam huhuhu....pas ni prog tesis lak... so bmalam la kat umah si kembar....sonok gak...khairul masak...malunye aku....dia lebih expert dr aku...hahaha...pastu dpt lak kol yg ktorg kena pilih tempat praktikum, kena berebut lak tu...setelah tension2 akhirnya dpt la aku praktikum kat smk semambu...well, new place, aku xtau tmpt dia camne....satu cabaran tuk aku...

Dlm pjalanan nak balik tnjg malim, ktorg buka puasa kat slim river...hujan lebat oooo...tp ok la boleh makan gak....kat tasik lg tu...orait la....balik dlm hujan...sukar tuk yah drive cos x nampak jln sgt....ktorg sume kesejukan dlm kete...sume tu satu pglmn.....

Bila dah bjalan tmpt baru, kt akan rasa pglmn baru...mcm aku,aku mmg takut dgn situasi dan tmpt baru tp lama kelamaan dgn pengalaman yg ada mgurangkan sikit fobia aku...xpe belajar dr pglmn kan...biasa la tu....batuk2 lak aku....demam pun x berapa sembuh lg..but life must be go on right....

Thursday, August 28, 2008

Welcome Ramadhan



  1. Ramadhan adalah bulan Al-Quran

  2. Dibelenggunya syaitan, ditutupnya pintu-pintu neraka dan dibukanya pintu-pintu syurga

  3. Malam Lailatul Qadar

  4. Puasa adalah perisai kepada orang mukmin daripada kejahatan

  5. Puasa memasukkan seorang hamba ke dalam syurga

  6. Orang puasa yang diberi pahala yang tidak terhitung

  7. Orang yang berpuasa punya dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Allah

  8. Bau mulutnya orang yang puasa lebih wangi dari bau kasturi

  9. Puasa dan Al-Quran akan memberikan syafaat kepada ahlinya

  10. Puasa merupakan kafarat (pelebur dosa)

  11. Pintu Rayyan bagi orang yang puasa

Maka, bersegeralah wahai hamba Allah, menyambut bulan yang penuh kelebihan ini, bersegeralah menuju keredhaan dan maghrifahNya, dan jadilah engkau hamba-hambaNya yang baru lagi suci.....Janganlah kau menjadi hamba-hambaNya yang rugi, yang tak dapat merasakan lazatnya berada di bulan ramadhan......

Monday, August 25, 2008

Kenangan di UIAM


hahaha..x tau camne nak mulakan...tp 2 hr 1 mlm di UIA mmg meninggalkn kenangan tuk aku...huhuhu....tp bg aku tu la kenangan terindah dlm hidup aku...dan cai yg turut terlibat sama dlm drama pendek tak berepisod ni hihihi...

tq 4 everthing cai, cos banyak tolong aku...kepada maroon dan pink tu aku akan jaga dia baik2 sblm dia kembali ke pangkuan ko...klu xde diaorg abis la aku, camne aku nak balik tnjg malim...hahaha...cuba ko bygkn cai, oh tidak!!!!!

hari first sampai mmg la ok, sonok je...x rncg pun nak g UIA...tu la kn mmg dah tertulis agaknye...makan2,sembang2,usik-mengusik, mula2 orait la sonok je...sampai ke kat marhalah aku cam biasa la ngan perangai terlazim aku....


cuaca teramat la sejuk...huhuhu....mkn malam ngan cai, baca buku novel...pastu tido....esok cai nak g kuliah ade test...pastu ade org nak cat bilik lak...hahaha macam2...pepun aku maintain walaupun aku dpt panggilan hangit dr mak aku awal2 pagi...huhuhu

makan lunch kt human resource n g jln konvest....ok la leh gak aku cr tudung raya...pastu siap2 nak balik upc....alhamdulillah aku tiba jua akhirnya...


actually ade beberapa kes yg x dpt aku nyatakn d cni hahaha...hanya aku ngan cai je yg tau....cai, sori sbb susahkn ko....walau pepun jasamu akan ku kenang sampai bile2...all ur pengorbanan untuk ima....syg cai...

apa pengajaran yg aku blaja, kena minta izin parent dulu nak wat ape pun dan fikir sedalam-dalamnya sebelum ambil keputusan...jgn jd cam ni lagi hehehe...think positif n anggap sume ni sebagai salah satu pengalaman terindah dlm hidup aku...hahaha...





Tuesday, August 12, 2008

Bila buat silap......


Kita memang x dapat lari drp melakukan kesilapan dlm hidup….macam-macam kesilapan…..kadang-kadang bila dikenang balik, kita tanya pada diri, kenapa la aku wat camtu dulu….rasa nak tergelak...malu…menyesal pun ade….kadang-kadang rasa bersalah seumur hidup bila kesilapan melibatkan org lain, beri kesan kepada org lain…huhuhu rumit gak tu……

Biasalah tu, manusia mana yg x pernah wat silap dlm hidup…sume tu adalah pengalaman dalam proses utk mematangkan kita…Bagi aku, tak mengapa klu kita buat salah, asalkan jangan diingat-ingat sangat…Klu ingat sangat nanti tension tau…perkara yg lepas xle diulang & x boleh dperbaiki balik…kita kena rasional….jadi yg akan datang kita ingat, jangan ulangi kesilapan yg prnh kita lakukan…

X kisah sekecil mana atau sebesar mana kesilapan yg pernah kita lakukan, yg penting jadikan itu sebagai pengajaran dlm hidup…..dan kita harus ingat Allah Maha Pengampun…kita masih boleh bertaubat….jangan putus asa untuk hidup….Anggap apa yg berlaku dlm hidup kita adalah sebahagian daripada perjalanan hidup kita di dunia yg sementara ini sebelum menuju ke akhirat....jgn terlalu menangisi takdir yg dilalui, ingat Allah akan sentiasa ada bersama kita….selalulah dekat padaNya….

Belajar daripada kesilapan…Bila nak lakukan sesuatu fikirkan dulu baik buruknya…Begitu juga dengan perkataan yg kita ucapkan….apa je yg kita nak wat fikirkan dulu…Jangan lakukan kesilapan yg sama…..sbb bak kata pepatah inggeris “It’s no use crying over the split milk”…huhuhu…

Saturday, August 9, 2008

Sesuatu Yang Tidak Dijangka


Hidup ni kadangkala x dpt dijangka....terutama soal jodoh,hati dan perasaan....kita cuma manusia biasa...dan segalanya adalah ketentuan Yang Maha Esa....Daripada seorang kawan,menjadi sahabat, kemudian teman yang menemani kita sepanjang hayat....moga di akhirat juga....



Sesuatu yang ingin aku katakan pada dirimu, agar kau serahkn sumenya kepada Allah, andai kuat jodoh kita insyaallah apa yg kita harapkan akan jadi nyata...yg penting kejujuran & kesetiaan...walau di mana kita, kita tau isi hati masing-masing...



Dan jangan lupa pada seseorg yg mendekatkn kita (najmi)...moga bila dia dewasa dia menjadi anak yg soleh...kehadirannya menggembirakan keluargaku....aku menyayanginya seperti aku menyayangimu....



Berdoa & berusaha untuk sebuah impian....semoga dipermudahkan urusan kita...didekatkan dengan cinta Yang Maha Esa...Semoga sumenye jd nyata....


Friday, August 8, 2008

Pencegahan & Rawatan



Pencegahan
Kecelaruan personaliti pengelakan
biasanya berpunca daripada asal-usul
keluarga pesakit, langkah pencegahan yang diketahui ialah mendidik, meransang emosi, dan persekitaran keluarga yang penuh perasaan.


Rawatan
¨ Terapi berorientasikan psikodinamik
¨ Terapi Kognitif-Tingkahlaku
¨ Terapi Kelompok
¨ Terapi Keluarga & Perkahwinan
¨ Ubat-ubatan




Kriteria Diagnostik


Bentuk penyerapan penyekatan sosial, perasaan kekurangan, dan amat sensitif
kepada penilaian negatif, bermula dari awal kanak-kanak dan kini dengan
konteks yang pelbagai seperti yang
ditunjukkan oleh 4 (atau lebih) yang di bawah:
1.Mengelak aktiviti pekerjaan yang
melibatkan hubungan interpersonal
yang signifikan kerana takut dikritik,
tidak disukai atau ditolak.
2. Tidak bersedia untuk melibatkan diri
bergaul dengan masyarakat kecuali
yakin akan penerimaan mereka.
3. Menunjukkan pengawalan
perasaan berkaitan hubungan rapat
disebabkan perasaan takut akan
dimalukan atau dicemuh
4. Terlalu risau memikirkan perasaan
apabila dikritik atau menerima
penolakan dalam situasi sosial.
5. Menghindari situasi interpersonal yang baru disebabkan perasaan
kekurangan.
6. Melihat diri sebagai tidak pandai
dalam bersosial, personaliti tidak
menarik, atau lebih rendah daripada
orang lain.
7. Kengganan yang luar biasa untuk
mengambil risiko atau melibatkan
diri dalam sebarang aktiviti baru
kerana mungkin akan memalukan
mereka.

Simptom Kecelaruan Personaliti Pengelakan



· Sangat sensitif kepada kritikan & penolakan
· Mengasingkan diri dengan sistem sosial
· Perasaan malu yang melampau dalam
situasi sosial walaupun mempunyai
keinginan yang kuat untuk perhubungan
yang rapat
· Mengelak perhubungan interpersonal
· Keengganan kepada hubungan fizikal
· Berasa kekurangan
· Mengalami penghargaan kendiri yang amat
rendah
· Amat membenci diri sendiri
· Tidak percaya kepada orang lain
· Perasaan malu dan ketakutan yang
melampau
· Emosi yang dingin & tidak mesra
· Malu diri yang tinggi
· Terlalu mengkritik diri apabila mempunyai
masalah dengan orang lain
· Bermasalah dalam kefungsiaan pekerjaan
· Persepsi diri dalam kesunyian
· Berasa rendah diri dengan orang lain
· Penyalahgunaan dadah yang kronik /
berada di dalam fantasi diri yang asyik.

Thursday, August 7, 2008

Kecelaruan Personaliti Pengelakan



Menurut Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders, Edisi Keempat (DSM-IV), Kecelaruan Personaliti Pengelakan ialah disifatkan sebagai satu bentuk penyerapan penyekatan sosial , berasa kekurangan,dan amat sensitif kepada penilaian negatif.
Antara punca yang menyebabkan berlakunya kecelaruan ini adalah kombinasi pengaruh psikologikal, biologikal, genetik, dan sosial. Individu dilahirkan dengan perangai tersebut atau perwatakan personaliti yang diwarisi, ditolak, atau tiada penyediaan awal yang cukup, kurang kasih sayang dan asuhan ibu bapa,dan pengalaman kanak-kanak yang kronik seperti pengasingan, penolakan, dan konflik dengan orang lain.





Friday, July 18, 2008

Muslimah

Muslimah

Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana

Kerana ia berkuasa menjaga diri dan nama

Ketegasanmu umpama benteng negara dan agama dari dirobohkan dan jua dibinasakan

Diri kita ibarat intan berlian

Lagi dijaga dan disimpan rapi

Lagi tinggi nilainya dan lagilah mahal harganya

Jangan biarkan diri kita seperti makanan yang dijual di tepi-tepi jalanan

Terdedah dan dipegang-pegang

Akhirnya menjadi rosak dan basi

Muslimah.... peliharalah aurat dan maruah dirimu




Doa Untuk Pasangan


Ya Allah..Seandainya telah Engkau catatkan..Dia milikku tercipta buatku..Satukanlah hatinya dengan hatiku..Titipkanlah kebahagiaan antara kami..Agar kemesraan itu abadi..


Ya Allah..Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi..Seiringkanlah kami melayari hidup ini..Ke tepian yang sejahtera dan abadi..Maka jodohkanlah kami..


Tetapi Ya Allah...Seandainya telah Engkau takdirkan..Dia bukan milikku..Bawalah dia jauh dari pandanganku..Luputkanlah dia dari ingatanku..Dan peliharalah aku dari kekecewaan..


Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti..Berikanlah aku kekuatan..Menolak bayangan jauh ke dada langit..Hilang bersama senja nan merah..Agarku sentiasa tenang..Walaupun tanpa bersama dengannya..


Ya Allah..Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku..Di dunia dan akhirat..Dengarkan rintihan hambaMu yang dhaif ini..Janganlah Engkau biarkan aku sendirian..Di dunia ini mahupun di akhirat..Menjurus aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran..Maka kurniakanlah aku..Seorang pasangan yg beriman..Agar aku dan dia sama-sama dapat..Membina kesejahteraan hidup..Ke jalan yang Engkau redhai..Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah..


Ya Allah..Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan di akhirat..Dan peliharalah kami dari azab api neraka.


Amin..amin..Ya Rabbal Alamin



Tentang Jodoh


Dulu aku sering risau pasal jodoh...sape la jodoh aku...sampai selalu bad mood,x ceria...bila tgk org lain dah ade couple...sbb nak sedapkan hati aku ckp pd diri aku x semestinye org yg x bcinta x kahwin...org yg bcinta tu belum tentu kahwin akhirnya....betul x?


Pernah sampai satu tahap aku betul2 kecewa bila org yg betul2 aku suka, bukan jodoh aku...bila dah jadi begitu, aku dah x nak fikir pasal cinta lagi.Tapi Allah Maha Besar kerana di sebalik kesedihan yg aku alami sebenarnya dia telah sediakan seseorang utk aku yg mencintai aku seadanya aku...sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yg tbaik utk hamba-hambaNya....


Setiap org ade jodoh masing2 yg telah ditentukn Allah sejak usia 4 bulan dlm kandungan ibu kita..bila sampai masanye ia akan hadir juga...ada org cpt ada org lambat...kena sabar dan berdoa agar kt ditemukan dgn org yg soleh...jodoh kita adalah cermin diri kita....


Bagi aku, selagi belum ada lafaz ijab dan qabul, perlu membatasi pergaulan...elakkan perkara yg boleh menimbulkn fitnah...dan yg paling baik adalah bercinta selepas berkahwin kerana ia lebih indah...mmg fitrah kita manusia ingin mencintai dan dicintai...namun perlu ada sempadan diri dan tidak menyerahkan hati sepenuhnya agar bila sesuatu yg x diingini berlaku,kt x terlalu kecewa....


Kini aku redha dengan ketentuan Allah, jika dia jodohku insyaallah akan dpermudahkan urusanku dgnnya....Apa yg pntg, berusaha dan berdoa agar kita beroleh kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat bersama teman yg telah Allah pilih utk kita...Jangan berputus asa kerana Allah telah menyediakan sesuatu yg indah dan terbaik utk kita selagi kita tetap dalam kesabaran....



Mencabar Keupayaan Diri


Sometimes, samada kita sedar @pun x, kita selalu merasa lemah dan menganggap kita tidak berupaya untuk melakukan sesuatu kerana kita merasakan ia terlalu sukar bagi kita untuk melakukannya....kita tidak mahu mengambil risiko untuk cuba melakukannya dan melihat sejauh mana kemampuan dan kehebatan diri kita sendiri...


Contohnya kita disuruh untuk bercakap di khalayak ramai....kita adalah seorang yg pendiam dan kurang bercakap serta berkomunikasi dgn org lain....kita sedar itu justeru kita mahu berubah...dari introvert kepada ekstrovet....


Memang kita akan rasa berdebar, dan bertanya pd diri, mampukah aku melakukannya? bagaimana reaksi audiens pada aku nanti? positif atau negatif? Macam mana kalau aku tiba-tiba blank nanti? Mcm2 psoalan bermain di minda....


Pada saat ini, kita harus mencabar keupayaan diri kita...kenapa pulak aku x boleh buat? selama ni aku boleh bercakap dengan kawan2,ok je xde mslh pun...kenapa tidak aku gunakan peluang ini untuk berkongsi maklumat di samping meningkatkan motivasi dalam diri dan orang lain...aku boleh melakukannya dengan syarat aku harus yakin pada diri aku, jadi diri aku sendiri....


Bila bercakap tentang keyakinan diri, hanya kita sendiri yg boleh meyakinkn diri kita sendiri... sbb tu kena selalu berfikiran positif,kita jd x yakin sbb asyik fikir negatif aje... selalulah katakan yg baik2 pd diri kita...aku ade keistimewaan aku sendiri...jgn bandingkn diri kita dengan org lain...kita akan rasa lemah klu kita lihat kita x sehebat org lain...that's why kita cari kehebatan diri kita....


Macam mana nak mencabar keupayaan diri? Cuba untuk melakukan sesuatu yg kita rasa sukar untuk kita lakukan...kita sememangnya tau apa yg kt boleh lakukan ataupun x...kuatkn semangat dlm diri,katakan pd diri aku boleh lakukannya...mohon pd ALLAH agar kita diberikan kekuatan...jangan berhenti mencuba...klu gagal cuba lagi...kaji balik apa kelemahan dan kesilapan kita....kadangkala kita perlu melakukan berkali2 utk hasil yg terbaik....semoga sukses utk diri aku dan kawan2 semua.....




Saturday, July 5, 2008

Lagu Ayat-ayat cinta-Rossa


Desir pasir di padang tandus

Segersang pemikiran hati

Terkisah ku di antara cinta yang ruhwi

Bila keyakinanku datang

Kasih bukan sekadar cinta

Pengorbanan cinta yang agung kupertaruhkan

Maafkan bila ku tak sempurna

Cinta ini tak mungkin ku cegah

Ayat-ayat cinta bercerita

Cintaku padamu

Bila bahagia mulai menyentuh

Seakan ku bisa hidup lebih lama

Namun harus kutinggalkan cinta

Ketika ku bersujud

Bila keyakinanku datang

Kasih bukan sekedar cinta

Pengorbanan cinta yang agung

Kupertaruhkan

Maafkan bila ku tak sempurna

Cinta ini tak mungkin ku cegah

Ayat-ayat cinta bercerita

Cintaku padamu

Bila bahagia mulai menyentuh

Seakan ku bisa hidup lebih lama

Namun harus kutinggalkan cinta

Ketika ku bersujud




Ayat-Ayat Cinta

Filem yang diadaptasi daripada novel Habiburahman ini amat menarik hati aku. Ia menonjolkan unsur cinta islamik. Bagi aku setiap bahagian dalam cerita ini menarik kerana skripnya.Bahasa yang digunakan amat halus dan mempunyai makna yang mendalam.Antara skrip yang paling aku tak lupa ialah "Antara cinta dan keinginan untuk memiliki tidak sama".
Bila aku hayati filem ini, apa yang boleh aku katakan sesungguhnya kita mempunyai jodoh masing-masing yang telah ditentukan oleh ALLAH sejak kita dalam kandungan ibu usia 4 bulan. Bila kita diijabkabulkan maka orang itu jodoh kita.Soal jodoh,ajal,rezeki itu semua rencana ALLAH. Yang pasti kita perlu terus berusaha dan berdoa.
Filem ini memang menginsafkan dan boleh membuatkan keluar air mata.Bila melihat saat-saat fahri difitnah dan dugaan yang dilaluinya.Sesungguhnya ALLAH MAHA BESAR.Setiap sesuatu yang terjadi mempunyai hikmah yang besar.Apa yang boleh aku katakan baca novel atau tonton filem ini.Kita akan dapat sesuatu daripadanya....insyaallah...

MONOLOG DIRI


Biar kepahitan itu pergi, agar kemanisan mengisi.
Biarkan kekecewaan berlalu, agar kegembiraan mewarnai.
Biarkan kegelisahan lenyap, jangan kita patah semangat.
Biar penderitaan itu menyapa, agar kekuatan kita jana semula.
Birakan diri ini derita, agar aku tahu kepahitan derita ini, agar aku sedar kesengsaraan ini.
Tak sama bahkan hanya secebis dari penderitaan Rasulullah S.A.W.
Tuhan sesekali tidak menzalimi hambaNya
tapi manusia sendiri yang menzalimi diri mereka sendiri.
Cahaya kelam pahala dosa.
Berupaya memilihnya walau kadangkala tersasar lantaran pautan nafsu.
Namun peluang dariNya sentiasa ada.
Namun kasih sayang dari-Nya sentiasa memayungi.
Diturunkan ad-din memperhalusi akal,
Dianugerahkan akal memperhalusi akhlak,
Dikurniakan akhlak mencantikkan pekerti.
Menjadi sebaik-baik umat
Tunduk sebagai hamba
Berjalan sebagai khalifah.
Menyusuri kehidupan mencari sebutir permata IMAN
Menyemai sepohon TAKWA
Agar dapat berteduh dari kepanasan NAFSU
Agar dapat berlindung dari angin hasutan syaitan
DALAM MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT




My Beloved Friend


Ct, just sehari tua dari aku lahir 27 Oct. Ct perahsia orangnya...nampak gayenye dialah yang akan mendahului kitorang masuk ke alam perkahwinan...moga dipercepatkan jodoh dan dipermudahkan sumenye...ct lebih kurang aku jugak,keanak-anakan sikit...tapi apa yang best bila dia buat sesuatu dia akan buat yang bersungguh-sungguh...tabah,dan berdikari...tapi bila kitorang wat gathering kadang2 dia xde sbb dia dah keje...apa pun kalau xde ct rasa cam x cukup korum...kurang satu suara rasenye...apa pun aku banyak kenangan masa kecil ngan dia..all de best la mek ti...cayang mek ti jugak...



My Beloved Friend


Mak su leha, yang 3rd cos lahir pd 21 April...Apa yang best tentang leha,apa2 je ngan dia mesti beres...suka tolong orang...just call mesti leha akan datang...dia cekal,bersemangat tinggi,dan menerima apa saja kekurangan orang lain...suka menolong...dan yang paling best leha suka "mengulah kuih"(maksudnya buat kuih translate bahasa banjar) dan hantar kat kitorang..Antara kitorang lima orang leha yang paling rajin dan pandai masak...lagi satu dia suka berbuat baik ngan sume orang...apa pun beres je,cayalah!


My Beloved Friend


Kak jan,2nd antara kitorang lahir 1st Mac. Kak jan seorang yang lembut hati dan senang dibawa berunding....kalau kitorang nak makan ABC apa2 ke kak jan akan belikan...kitorang suka lepak umah kak jan minum2 sembang2...Lagi satu kalau kak jan g jalan2 mesti bawak balik hadiah kat kitorang memang best.Bagi aku kalau takde kak jan,sunyi gak...kak jan suka amik gamba,banyak album kat umah dia.Dan dia adalah pendengar yang baik.sayang kak jan..


My Beloved Friend


Acik cai,yang paling tua antara kami cos dia lahir dulu,1st january.Dia yang paling matang.Apa yang aku suka pada sal,dia funny,suka bagi pandangan dan nasihat kat aku.Dia seorang yang bersemangat tinggi dalam mencapai sesuatu,suka pada cabaran dan tabah.Dia fleksible dan asertif.That's why i like her very much...Kata-kata dia banyak menyedarkan aku dan buat aku bersemangat balik...That's why we need friend in our life.

Friday, June 13, 2008

UNTUK MUSLIMAH


Mungkin kita pernah dengar pepatah ni"....Wanita ibarat epal.
Epal yang tak berkualiti amat mudah diperoleh kerana ia berguguran ditanah. Tapi epal yang tak mampu dibeli berada dipuncak, susah dipetik & susah digapai.
Kadang-kadang epal itu risau, kenapa diriku belum dipetik?
Lantas ia merendahkan martabatnya & menggugurkan diri menyembah tanah.
Sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya sehingga tidak ada sesiapa yang berani memetiknya.
Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu.
Mungkin bukan di dunia tetapi di akhirat. Biarlah jodoh bukan di dunia asalkan CINTA ILAHI mengiringi perjalanan hidup..."Renung2kanlah..




RENUNGAN


Bersyukurlah kepada Allah kerana mengurniakan orang yang menyakiti kamu kerana dialah orang yang menabahkan hati kamu.

Bersyukurlah kepada Allah kerana mengadakan orang yang menipu kamu kerana dialah orang yang meningkatkan pengetahuan kamu.

Bersyukurlah kepada Allah kerana mengadakan orang yang tidak mengendahkan kamu kerana dialah orang yang memupuk sifat berdikari kamu.

Bersyukurlah kepada Allah kerana menciptakan orang yang menjatuhkan kamu kerana dialah orang yang memperhebatkan ability kamu.

Dan bersyukurlah kepada Allah kerana menjadikan orang yang menyeksa kamu kerana dialah orang yang menguji kesabaran kamu...




KETIKA KAU.....


Ketika kau merasa lelah dan tidak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia, ALLAH SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih, ALLAH SWT sudah menghitung air matamu.

Ketika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berjalan begitu sahaja, ALLAH SWT sedang menunggu bersamamu.

Ketika kau berfikir bahawa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi, ALLAH SWT sudah punya jawapannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan, ALLAH SWT dapat menenangkanmu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefon, ALLAH SWT selalu berada di sampingmu.

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang, ALLAH SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya, dan Dia telah menciptakan seseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.

Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang, namun kau tahu cintamu tak terbalas, ALLAH SWT tahu apa yang ada di depanmu dan DIA sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu.

Ketika kau merasa telah dikhianati dan dikecewakan, ALLAH SWT dapat menyembuhkan lukamu dan membuatmu tersenyum.

Ketika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan, ALLAH SWT sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur, ALLAH SWT telah memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban , ALLAH SWT telah tersenyum padamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi, ALLAH SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

Ingat, di mana pun kau atau ke mana pun kau menghadap, ALLAH SWT Maha Mengetahui.


WAHAI TUHANKU....


WAHAI TUHANKU…….!!!!!!!!!!!!!

KENAPA AKU DIUJI?
“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. “
( Al- Ankabut : 2-3 )

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAMKAN????
“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
( Al- Baqarah : 216 )

KENAPA UJIAN SEBERAT INI????
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo`a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir".
( Al –Baqarah : 286 )

TERKADANG AKU BERASA FRUST…
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.”
( Al- Imran : 139 )

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA???
“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.”
( A- Imran : 200 )

APA AKU DAPAT DARIPADA SEMUA UJIAN INI???
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur'an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.”
( At-Taubah : 111 )

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP??
“Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah: "Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung".
( At- Taubah : 129 )