Saturday, July 5, 2008

Ayat-Ayat Cinta

Filem yang diadaptasi daripada novel Habiburahman ini amat menarik hati aku. Ia menonjolkan unsur cinta islamik. Bagi aku setiap bahagian dalam cerita ini menarik kerana skripnya.Bahasa yang digunakan amat halus dan mempunyai makna yang mendalam.Antara skrip yang paling aku tak lupa ialah "Antara cinta dan keinginan untuk memiliki tidak sama".
Bila aku hayati filem ini, apa yang boleh aku katakan sesungguhnya kita mempunyai jodoh masing-masing yang telah ditentukan oleh ALLAH sejak kita dalam kandungan ibu usia 4 bulan. Bila kita diijabkabulkan maka orang itu jodoh kita.Soal jodoh,ajal,rezeki itu semua rencana ALLAH. Yang pasti kita perlu terus berusaha dan berdoa.
Filem ini memang menginsafkan dan boleh membuatkan keluar air mata.Bila melihat saat-saat fahri difitnah dan dugaan yang dilaluinya.Sesungguhnya ALLAH MAHA BESAR.Setiap sesuatu yang terjadi mempunyai hikmah yang besar.Apa yang boleh aku katakan baca novel atau tonton filem ini.Kita akan dapat sesuatu daripadanya....insyaallah...

No comments: