Monday, October 27, 2008

Rahsia Ikut Tarikh Kelahiran & Birthday Colour


SEKADAR RENUNGAN AJE.. JANGAN PERCAYA


Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27

Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani. Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.


Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31

Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur.Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang.Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

Birthday Colour

24 Okt-11 Nov
---------------------------*WHITE*-------------------------

You dream and have goals in your life. You get jealous easily and you don't
react to things easily. You are different and sometimes thought of highly
by others.


Rahsia Tarikh Lahir Bulan Oktober


Rahsia di sebalik bulan lahir, ianya berdasarkan kajian selama 25 tahun oleh Dato' Fadzilah Kamsah berkaitan sikap manusia. Sejauh mana ketepatan dan kebenarannya, tidaklah diketahui. Semoga anda semua terhibur membaca rahsia bulan lahir anda dan insan di sekeliling anda.


OKTOBER


  • Suka sembang,


  • Suka orang yang sayang padanya,


  • Suka ambil jalan tengah,


  • Sangat menawan dan sopan santun,


  • Kecantikan luar dan dalam,


  • Tidak pandai berbohong dan berpura-pura,


  • Mudah rasa simpati, baik, pentingkan kawan,


  • Sentiasa berkawan,


  • Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tidak lama,


  • Cepat marah,


  • Pentingkan diri sendiri,


  • Tidak menolong orang kecuali diminta,


  • Suka melihat dari perspektifnya sendiri,


  • Tidak suka terima pandangan orang lain,


  • Emosi yang mudah terusik,


  • Suka berangan dan pandai bercakap,


  • Emosi yang kelam kabut,


  • Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan),


  • Suka melancong, bidang sastera dan seni, pengasih ,


  • Penyayang dan lemah lembut, romantik dalam percintaan,


  • Mudah terusik hati dan cemburu,
  • Ambil berat tentang orang lain,

  • Suka kegiatan luar,


  • Orang yang adil,


  • Boros dan mudah dipengaruhi persekitaran,


  • Mudah patah semangat.

Happy Birthday To Paksu and Me

Hari ni besday paksu yg ke 23...dan esok birthday aku...dah 23 dah huhuhu...sedang meningkatkan kematangan dalam diri...skang ni nak siapkan bab 5 tesis...on progress...apa yg aku harapkan tahun ni mcm thn2 yg dulu, pastinya aku nak yg tbaik dlm hidup aku di dunia & akhirat...ion2 negatif dalam badan ni dihapuskan perlahan-lahan...

Umur makin meningkat, cabaran makin kuat...yg pntg kekuatan fizikal & mental untuk meneruskan hidup...Apa yg aku belajar daripada pengalaman yg aku lalui sepanjang 23 tahun ni dtambah pulak dgn blaja ilmu kaunseling, kita x semestinya dapat apa yg kita inginkan seratus peratus dalam hidup ini..kita nak org syg kita, ambil perhatian pd kita, layan kita dgn baik, ada di sisi kita di waktu kita susah, x semestinya kita akan dapat sume tu...kdg2 kita nakkan benda tu tapi bila kita betul2 memerlukannya sume tu hilang...

Apa yg pntg, apa yg kita berikn pd org lain bukan apa yg org beri pd kita...lakukan dgn ikhlas jgn hrpkan balasan drp org lain so kita xkan kecewa sgt...bila terluka pandai2la balut sendiri...jgn suruh org lain...sokongan org lain mmg perlu tp dlmn kita sendiri tu yg plg penting, kena betul2 kuat...klu rasa sedih kita ada tempat mengadu yg akan sentiasa mendengar kita, mengadulah pd Allah moga kita akan diberikan kekuatan.....

Sempena umur aku dah genap 23 tahun ni, aku mengharapkan agar umur ini akan sentiasa diberkati...moga aku akan berjaya & berbahagia di dunia & akhirat....emosiku akan semakin matang dan aku akan sentiasa bertindak bukan menggunakan perasaan semata-mata tetapi dengan akal yg rasional...ikhlaskn hatimu....



Saturday, October 25, 2008

Tentang Nilai & Pbezaan

Sememangnya nilai dlm diri indv ini berbeza2....ada yg sama & ada yg bbeza dgn kita....Yg sukarnya ialah utk menerima nilai dan perbezaan kita dgn org lain...ini tjadi sbb ade pkataan sepatutnya...sepatutnya dia kena jadi mcm ni, sepatutnya dia kena buat mcm ni, & mcm2 lg la..t'utama lelaki & perempuan....masing-masing berbeza....

Klu kita perasan, kdg2 ada pkra yg kita x suka & x setuju dgn org lain...dan kita nak dia ikut & fikir mcm kita...boleh ke mcm tu? t'amatlah sukar...kita x boleh nak suruh atau paksa org ikut ckp kita, nilai kita...melainkan kita sendiri yg kena terima nilai yg ada pd org lain....kita x boleh mengubah org melainkan diri kita sendiri....

Jadi bila tiba2 bila kita dah nampak ada perbezaan kita dgn org lain, so kita kenalah terima sume tu...belajar tuk terima...perlahan-lahan...dlm hal ni kena ketepikan nilai, perasaan, & hati nurani kita sendiri..ini xbermakna kita kalah, kita menang sebenarnya...menang kerana punya timbangrasa dan tidak mementingkan diri sendiri...

Jadi bila pasangan kita dah berbeza pemikiran dgn kita, belajarlah menerimanya....bila dah jumpa org yg baik jaga phubungan itu elok2..pay attention...ni sume nasihat dr acik cai...cayalah..walaupun kdg2 rasa xleh terima tp bila fikirkan balik mmg kita ni xkan sama seratus peratus, terimalah pasangan kita seadanya..

Friday, October 17, 2008

Tragedi Oktober

Semalam hari tuk amik gamba ngan kwn2 sekelas...last pic maybe..lgpun ni tahun t'akhir d tnjg malim...thn dpn dah praktikum...ok la pose mcm2 ngan membe....cr kot yg sesuai..semua org nampak happy...
Pastu ktorg bkumpul nak susun org, maklumlah ramai2..gamba tuk formal ok je...tp time gamba tuk candid blakulah peristiwa kira cam tragedi la tuk aku...Maklumlah excited sgt...Tgh nak turun kat rumput tepi pdg, kaki aku terpelecok masuk dalam lubang..terpusing, adoi sakitnye...pucat sekejap muka aku...xjd la gamba candid aku...huhuhu..
Balik rumah, kira ok lagi sakit sikit2...ingatkn bila aku bgn tido ok la tp kaki kiri aku dan bengkak, besar dari kaki kanan...Nak lipat kaki pun rasa sakit..Mlm tu jugak g b'urut ngan sorang makcik tu...Alhamdulillah, skrg ni ok la ckit wlpun terasa lg sakitnya...Insyaallah lama-lama nanti elok la...Tu la tragedi oktober semalam....huhuhu

Tuesday, October 14, 2008

Puding Roti

Hari ni first puding roti aku try wat...bolehla, rase sedap...cuma ade la kekurangan sket....masih boleh dperbaiki dan aku nak wat skali lg pas ni bila2,sng je pun....Antara bhn2 yg aku gunakan ialah 1 plastik roti paun (roti yg kita wat sandwich tu), 2 biji telur, 1 cawan susu, pewarna merah hijau, kuning, dan ape2 je la yg korang suka, agar2, dan sedikit gula....

Mula2 biasalah masak agar2 sampai hancur masuk gula dlm 2 senduk, pastu masukkan susu ngan telur yg kita telah blende,biar sampai mdidih n tutup la api...roti tu buang bahagian tepi dan susun roti dlm bekas, tutup bhgn bwh bekas pastu ambil sedikit agar2 td letakkan pewarna merah, tuang atas roti. Biarkan roti serap warna tadi sampai hbs. Kemudian bila dan sejuk, lapis roti ke atasnya dan tuangkan agar2 bewarna hijau atasnya...Kemudian lapis roti lagi dan tuangkan agar2 bewarna kuning di atasnya....lapis roti lg dan kemudian tuangkan agar2 yg tidak dibubuh pewarna...

Masukkan dalam peti sejuk, biarkan sejuk...pastu bila dah keras bolehlah potong...cam tu je resepinya...puding yg x payah bakar atau kukus, sng nak buat....next time aku akan improve lg...selamat mencuba...

Sunday, October 12, 2008

Upcoming Birthday

Bulan Oktober adalah bulan kelahiran aku dan abg, paksu... ramai la kwn2 lg cam nora, nida, dll... Maknanya 28hb ni, genaplah aku 23 tahun....dah tua dah, hehehe...tp masih belum betul2 matang...sedang berusaha untuk meningkatkan kematangan...
Aku dah siapkan satu movie maker tuk paksu as a present for his birthday... Maklumlah dia tua sehari je dr aku, 27hb Oktober....Aku upload awal2 dlm blog takut nanti busy nak siapkan tesis...Nothing to say, aku harap dia akan jadi semakin matang, berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat...Kalau betul jodoh aku dengan dia, semoga urusan kami dipermudahkan....
Last but not least, happy birthday tuk kawan2 yang lahir bulan Oktober...Tragedi Oktober hehehe....semoga kita akan sentiasa diberkati Allah S.W.T. Walau apa pun yang terjadi, laluinya dengan sabar, dan ingatlah satu hari kita akan kembali kepadaNya...Paksu this is for you....

HAPPY BIRTHDAY PAKSU


Friday, October 10, 2008

Pertimbangan

Hidup ini memerlukan pertimbangan bila kita berdepan dengan situasi yang melibatkan orang lain. Kadang-kadang kita boleh mendapatkan sesuatu yang kita inginkan tetapi disebabkan orang lain kita berkorban dengan mengenepikan hasrat kita. Persoalannya di sini adalah adakah kita benar-benar sanggup dan redha untuk berkorban demi orang lain?

Adakah pengorbanan kita akan dihargai oleh orang tersebut? Adakah bila menghadapi situasi yang melibatkan kita, dia akan berkorban seperti yang kita lakukan padanya? Sanggupkah dia mengenepikan kepentingan diri demi kita? Kalau anda, sanggupkah anda?

Jawapan terpulang pada anda kerana setiap orang memiliki nilai yang berbeza-beza. Bagi diri saya, pertimbangan itu penting. Saya boleh berkorban tetapi apabila berhadapan dengan individu yang terlalu mementingkan kepentingan diri, saya terfikir adakah wajar saya berkorban untuknya sedangkan saya sudah tahu dia tidak akan berkorban untuk saya.

Bila berdepan dengan situasi ini, berlaku konflik dalam diri saya. Kalau ikutkan kata hati, ingin saya ketepikannya dalam hidup saya tetapi atas dasar persahabatan dan janji yang telah dilakukan sebelum ini, saya biar dan turutkan sahaja namun hati saya tidak redha.Tetapi apabila diketepikan seketika soal perasaan dan digunakan akal dan pertimbangan telah dianugerahkan oleh Allah S.W.T ini, saya meneliti setiap apa yang berlaku.

Apabila sesuatu itu tidak sesuai untuk kita, maka kita tidak akan mendapatkannya walaupun kita benar-benar berhasrat. Ini kerana belum tentu apa yang kita fikirkan mudah untuk kita, sebenarnya mudah. Mungkin kita akan berhadapan dengan masalah lain yang tidak kita jangka. Apabila melihat ini sebagai Qada’ dan Qadar, saya berkata kepada diri sendiri supaya redhakan semua ini supaya segala perasaan negatif yang bersarang di lubuk hati ini dapat dijauhkan.

Satu perkara yang perlu saya tanamkan dalam hati, apabila kita melakukan kebaikan pada seseorang itu belum pasti orang itu akan membalas kebaikan kita seperti mana yang telah kita lakukan padanya. Ikhlaskan hati kerana Allah. Bersedia dengan segala kemungkinan yang berlaku. Lalui hidup seperti biasa. Jika hati tidak selesa bila bersama, itu tandanya tidak serasi, ada sesuatu yang terpendam. Jika masih tak terluah biarkan sahaja, mungkin itu lebih baik. Yang penting redhakan semua ini, jangan disimpan dendam, benci, dan iri hati di dalam hati. Berkawanlah seadanya secara sederhana, kerana sekiranya terlalu berlebihan berkongsi rasa satu hari ada yang akan terasa.


My Brother


I just have a brother....jauh membawa diri....namun jauh di sudut hati, aku masih harapkan satu hari nanti dia akan kembali...tiada apa yg dapatku lakukan selain mengharapkan kebahagiannya...hmmm

Dah 31 tahun umur abg dan aku 23 tahun untuk tahun 2008 ni,beza 8 tahun....apa yg aku dapatkan gambarkn tentang abg,dia memang berbeza dari aku, sikap, gaya pemikiran, personaliti....abg lebih peramah, mulut manis, dan mudah menyesuaikan diri dengan org. Berlainan pula dengan aku, aku susah nak adapt dgn org, amik masa yg lama....nak kata peramah, biasa je, cuma bile dah lama kenal ok la...

Abg aku ni lain sikit cara pemikirannya dan banyak yang aku x faham tntg dirinya...biasalah manusia itu unik ada kelebihan dan kelemahan masing-masing...yg penting carilah kebaikan dalam diri individu tersebut...bagi aku, abg ada impian dia sendiri yang ingin dia capai...Semoga dia berjaya...Walau apa pun aku mengharapkan yang terbaik untuk dirinya...All de best, abg....