Thursday, August 28, 2008

Welcome Ramadhan



  1. Ramadhan adalah bulan Al-Quran

  2. Dibelenggunya syaitan, ditutupnya pintu-pintu neraka dan dibukanya pintu-pintu syurga

  3. Malam Lailatul Qadar

  4. Puasa adalah perisai kepada orang mukmin daripada kejahatan

  5. Puasa memasukkan seorang hamba ke dalam syurga

  6. Orang puasa yang diberi pahala yang tidak terhitung

  7. Orang yang berpuasa punya dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Allah

  8. Bau mulutnya orang yang puasa lebih wangi dari bau kasturi

  9. Puasa dan Al-Quran akan memberikan syafaat kepada ahlinya

  10. Puasa merupakan kafarat (pelebur dosa)

  11. Pintu Rayyan bagi orang yang puasa

Maka, bersegeralah wahai hamba Allah, menyambut bulan yang penuh kelebihan ini, bersegeralah menuju keredhaan dan maghrifahNya, dan jadilah engkau hamba-hambaNya yang baru lagi suci.....Janganlah kau menjadi hamba-hambaNya yang rugi, yang tak dapat merasakan lazatnya berada di bulan ramadhan......

Monday, August 25, 2008

Kenangan di UIAM


hahaha..x tau camne nak mulakan...tp 2 hr 1 mlm di UIA mmg meninggalkn kenangan tuk aku...huhuhu....tp bg aku tu la kenangan terindah dlm hidup aku...dan cai yg turut terlibat sama dlm drama pendek tak berepisod ni hihihi...

tq 4 everthing cai, cos banyak tolong aku...kepada maroon dan pink tu aku akan jaga dia baik2 sblm dia kembali ke pangkuan ko...klu xde diaorg abis la aku, camne aku nak balik tnjg malim...hahaha...cuba ko bygkn cai, oh tidak!!!!!

hari first sampai mmg la ok, sonok je...x rncg pun nak g UIA...tu la kn mmg dah tertulis agaknye...makan2,sembang2,usik-mengusik, mula2 orait la sonok je...sampai ke kat marhalah aku cam biasa la ngan perangai terlazim aku....


cuaca teramat la sejuk...huhuhu....mkn malam ngan cai, baca buku novel...pastu tido....esok cai nak g kuliah ade test...pastu ade org nak cat bilik lak...hahaha macam2...pepun aku maintain walaupun aku dpt panggilan hangit dr mak aku awal2 pagi...huhuhu

makan lunch kt human resource n g jln konvest....ok la leh gak aku cr tudung raya...pastu siap2 nak balik upc....alhamdulillah aku tiba jua akhirnya...


actually ade beberapa kes yg x dpt aku nyatakn d cni hahaha...hanya aku ngan cai je yg tau....cai, sori sbb susahkn ko....walau pepun jasamu akan ku kenang sampai bile2...all ur pengorbanan untuk ima....syg cai...

apa pengajaran yg aku blaja, kena minta izin parent dulu nak wat ape pun dan fikir sedalam-dalamnya sebelum ambil keputusan...jgn jd cam ni lagi hehehe...think positif n anggap sume ni sebagai salah satu pengalaman terindah dlm hidup aku...hahaha...





Tuesday, August 12, 2008

Bila buat silap......


Kita memang x dapat lari drp melakukan kesilapan dlm hidup….macam-macam kesilapan…..kadang-kadang bila dikenang balik, kita tanya pada diri, kenapa la aku wat camtu dulu….rasa nak tergelak...malu…menyesal pun ade….kadang-kadang rasa bersalah seumur hidup bila kesilapan melibatkan org lain, beri kesan kepada org lain…huhuhu rumit gak tu……

Biasalah tu, manusia mana yg x pernah wat silap dlm hidup…sume tu adalah pengalaman dalam proses utk mematangkan kita…Bagi aku, tak mengapa klu kita buat salah, asalkan jangan diingat-ingat sangat…Klu ingat sangat nanti tension tau…perkara yg lepas xle diulang & x boleh dperbaiki balik…kita kena rasional….jadi yg akan datang kita ingat, jangan ulangi kesilapan yg prnh kita lakukan…

X kisah sekecil mana atau sebesar mana kesilapan yg pernah kita lakukan, yg penting jadikan itu sebagai pengajaran dlm hidup…..dan kita harus ingat Allah Maha Pengampun…kita masih boleh bertaubat….jangan putus asa untuk hidup….Anggap apa yg berlaku dlm hidup kita adalah sebahagian daripada perjalanan hidup kita di dunia yg sementara ini sebelum menuju ke akhirat....jgn terlalu menangisi takdir yg dilalui, ingat Allah akan sentiasa ada bersama kita….selalulah dekat padaNya….

Belajar daripada kesilapan…Bila nak lakukan sesuatu fikirkan dulu baik buruknya…Begitu juga dengan perkataan yg kita ucapkan….apa je yg kita nak wat fikirkan dulu…Jangan lakukan kesilapan yg sama…..sbb bak kata pepatah inggeris “It’s no use crying over the split milk”…huhuhu…

Saturday, August 9, 2008

Sesuatu Yang Tidak Dijangka


Hidup ni kadangkala x dpt dijangka....terutama soal jodoh,hati dan perasaan....kita cuma manusia biasa...dan segalanya adalah ketentuan Yang Maha Esa....Daripada seorang kawan,menjadi sahabat, kemudian teman yang menemani kita sepanjang hayat....moga di akhirat juga....



Sesuatu yang ingin aku katakan pada dirimu, agar kau serahkn sumenya kepada Allah, andai kuat jodoh kita insyaallah apa yg kita harapkan akan jadi nyata...yg penting kejujuran & kesetiaan...walau di mana kita, kita tau isi hati masing-masing...



Dan jangan lupa pada seseorg yg mendekatkn kita (najmi)...moga bila dia dewasa dia menjadi anak yg soleh...kehadirannya menggembirakan keluargaku....aku menyayanginya seperti aku menyayangimu....



Berdoa & berusaha untuk sebuah impian....semoga dipermudahkan urusan kita...didekatkan dengan cinta Yang Maha Esa...Semoga sumenye jd nyata....


Friday, August 8, 2008

Pencegahan & Rawatan



Pencegahan
Kecelaruan personaliti pengelakan
biasanya berpunca daripada asal-usul
keluarga pesakit, langkah pencegahan yang diketahui ialah mendidik, meransang emosi, dan persekitaran keluarga yang penuh perasaan.


Rawatan
¨ Terapi berorientasikan psikodinamik
¨ Terapi Kognitif-Tingkahlaku
¨ Terapi Kelompok
¨ Terapi Keluarga & Perkahwinan
¨ Ubat-ubatan




Kriteria Diagnostik


Bentuk penyerapan penyekatan sosial, perasaan kekurangan, dan amat sensitif
kepada penilaian negatif, bermula dari awal kanak-kanak dan kini dengan
konteks yang pelbagai seperti yang
ditunjukkan oleh 4 (atau lebih) yang di bawah:
1.Mengelak aktiviti pekerjaan yang
melibatkan hubungan interpersonal
yang signifikan kerana takut dikritik,
tidak disukai atau ditolak.
2. Tidak bersedia untuk melibatkan diri
bergaul dengan masyarakat kecuali
yakin akan penerimaan mereka.
3. Menunjukkan pengawalan
perasaan berkaitan hubungan rapat
disebabkan perasaan takut akan
dimalukan atau dicemuh
4. Terlalu risau memikirkan perasaan
apabila dikritik atau menerima
penolakan dalam situasi sosial.
5. Menghindari situasi interpersonal yang baru disebabkan perasaan
kekurangan.
6. Melihat diri sebagai tidak pandai
dalam bersosial, personaliti tidak
menarik, atau lebih rendah daripada
orang lain.
7. Kengganan yang luar biasa untuk
mengambil risiko atau melibatkan
diri dalam sebarang aktiviti baru
kerana mungkin akan memalukan
mereka.

Simptom Kecelaruan Personaliti Pengelakan



· Sangat sensitif kepada kritikan & penolakan
· Mengasingkan diri dengan sistem sosial
· Perasaan malu yang melampau dalam
situasi sosial walaupun mempunyai
keinginan yang kuat untuk perhubungan
yang rapat
· Mengelak perhubungan interpersonal
· Keengganan kepada hubungan fizikal
· Berasa kekurangan
· Mengalami penghargaan kendiri yang amat
rendah
· Amat membenci diri sendiri
· Tidak percaya kepada orang lain
· Perasaan malu dan ketakutan yang
melampau
· Emosi yang dingin & tidak mesra
· Malu diri yang tinggi
· Terlalu mengkritik diri apabila mempunyai
masalah dengan orang lain
· Bermasalah dalam kefungsiaan pekerjaan
· Persepsi diri dalam kesunyian
· Berasa rendah diri dengan orang lain
· Penyalahgunaan dadah yang kronik /
berada di dalam fantasi diri yang asyik.

Thursday, August 7, 2008

Kecelaruan Personaliti Pengelakan



Menurut Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders, Edisi Keempat (DSM-IV), Kecelaruan Personaliti Pengelakan ialah disifatkan sebagai satu bentuk penyerapan penyekatan sosial , berasa kekurangan,dan amat sensitif kepada penilaian negatif.
Antara punca yang menyebabkan berlakunya kecelaruan ini adalah kombinasi pengaruh psikologikal, biologikal, genetik, dan sosial. Individu dilahirkan dengan perangai tersebut atau perwatakan personaliti yang diwarisi, ditolak, atau tiada penyediaan awal yang cukup, kurang kasih sayang dan asuhan ibu bapa,dan pengalaman kanak-kanak yang kronik seperti pengasingan, penolakan, dan konflik dengan orang lain.