
Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Kerana ia berkuasa menjaga diri dan nama
Ketegasanmu umpama benteng negara dan agama dari dirobohkan dan jua dibinasakan
Diri kita ibarat intan berlian
Lagi dijaga dan disimpan rapi
Lagi tinggi nilainya dan lagilah mahal harganya
Jangan biarkan diri kita seperti makanan yang dijual di tepi-tepi jalanan
Terdedah dan dipegang-pegang
Akhirnya menjadi rosak dan basi
Muslimah.... peliharalah aurat dan maruah dirimu